Saturday, 16 February 2013

BestfriendForEver


Dear my bff yang disayangi .
Mula- mula ryn nak minta maaf dulu . kalau selama kita berkawan nieyh mungkin ryn ada melukakan perasaan bff ryn . ryn minta maaf sangat – sangat . tapi apa yang ryn nak tulis nieyh adelah ape yg hati ryn rase terkilan sangat2  dengan ape yang berlaku pada hari ini . ryn tak mampu nak meluahkan ape yang ryn rase . ryn tak sanggup . jadi dengan menulis di blog nieyh harap korang memahami . 

Mula – mula , ryn nak korang tahu 1 benda nieyh . ryn bahagia n happy sangat2 bila ryn di kurniakan 2 bff yang baik , paham n ada bila ryn susah dan senang .  Tapi apa yang berlaku hari nie serius ryn cakap ryn sangat-sangat berkecil hati . ryn tak tahu lah kenapa kite bertiga perlu bergaduh . ryn rase kita masing- masing dah cukop besar . dan matang dalam pemikiran . dimana kita boleh berfikir perkara yang patot buat atau tak patot . kenapa kita perlu bergaduh untuk perkara tersebut . ryn tanak cakap perkara apa .  sebb ryn tahu korang dah paham dh perkara apa kan . korang tak sedih ea kiter bertiga bergaduh sebab benda tuh ? 

Setiap dari kita masing2 ada peragai masing2 . peragai yg menunjukkan diri kita yang sebenar . peragai itu mungkin di antara kita tak berkenan . tapi Allah satukan kita bertiga adalah untuk mengenali setiap kelemahan kita . kita masing- masing dikurniakan kelebihan dan kelemahan . setiap kelemahan akan kiter bertiga tutup dengan kelebihan masing2 ..  kiter bertiga kenal dh lama taw . dari sekolah . tapi kenapa kita tak rapat dari sekolah dulu ?? kt sekolah kita berkawan biasa tak serapat sekarang . kenapa allah nk kite rapat waktu nieyh ? kenapa die tak rapat kita dari sekolah . sebab allah nak duga kita dengan perkara yg kiter bertiga lalui .  

Kenapa lah kita kena bergaduh untuk orang yang baru kita kenal ? mai n azie .. kita bertiga masih lagi dalam proses mengenali siapa fezzran .. siapa azran dan siapa izran . jangan lah di sebabkan perkara tuh ryn azie n mai nk masam muka . Nampak sangt kebudak2 kan .
Macam kes hari nie . ryn tak tahu kenapa izran marah n salahkan ryn . seolah2 ryn punca masalah . please lah . ryn hanya dengar je taw luahan korang . dan hnya bg idea n pendapat ryn . klo korang rase pendapat ryn tuh tak berguna n tak perlu langsung . tak perlu amik . ryn benak lah pikir . last2 ryn yg kena marah . pedih taw . pakwe ryn sendiri tak paham ryn . marah ryn sibok hal org . apa tuh ? hmm .. ntah lah .. ryn Cuma nak ckap kt sini .. jangan sampai kita bertiga putus kawan atas sebab2 tak munasabah . itu je . t0long wei sayangkan perhubungan kawan kita bertiga . please buang sifat2 kebudakan masing2 . ryn sayang azie n mai . dan ryn tahu korang sayang fezzran dan azran . tapi please kita paham masing2 .. sorry kal0 ayat kt blog niey korang terasa jugak niat ryn nk meluahkan .
Reen mintak maaf k . Aslamuailaikum .

Monday, 11 February 2013

Bila Hati Perempuan Terluka :)



Asalamuailaikum
Hai .. m0rning …
Buddies sihat ?  ryn dating lagi dengan diari buruk saya nie .. hihihi ..tapi kali ini ryn nak share sumthing dgn buddies ..Tentang perasaan perempuan ??  macam penting je kan bunyi dia . Hmm.. memang penting pon . Kenapa dengan perasaan perempuan ??

Awak , ryn mohon t0long lah jangan sesekali cuba untuk mendapatkan hati perempuan jika awak tidak bersedia ! ryn mohon sangat – sangat .  Tolong lah jangan lukai hati kami yang perempuan . awak tidak tahu bagaimana sakitnya kami di permainkan . Sekali kami di permainkan . sakitnya kami ingat sampai bila – bila   

 Awak  , tahulah anda bahawa cantik wanita kerana kejernihan wajah , manisnya wanita kerana senyum ,ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriahnya . Dan , perempuan ini bila dia dah kata “ saya sayang awak ” . Insyallah selamanya lelaki dia akan sayang dan selalu ada dalam hati dia .

Dear , awak ! jika awak tak mampu buat perempuan gembira jangan buat kami menangis. Kalau tak mampu ubati luka , jangan sesekali kami terluka ! Hargailah .
Kami perempuan tidak diminta di layan seperti seorang PUTERI , tapi kami perempuan hanya minta untuk dihargai . Awak kena tau yang perempuan takkan marah awak tanpa sebab, Takkan menangis tanpa sebab, Takkan tawar hati tanpa sebab, Semuanya bersebab .

Kekecewaan mengajar perempuan erti kehidupan .Kami tetap teruskan perjuangan kami walaupon terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup . Mungin allah sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya kita akan lebih bersyukur bila bertemu insan yang betul
Wanita sering meluahkan perasaan dengan Air Mata . jangan haling mereka “menangis” kerana itulah cara mereka melepaskan segala Kesakitan . bukan kerana Menagih simpati !

Dear , perempuan : Jangan mudah sangat jatuh cinta , nanti hati yang merana . Jangan mudah sangat menerima , nanti diri sendiri yang kecewa :’) 
Dear lelaki : Sekuat mana awak .. segangster mana pon awak .. percayala , awak akan tewas kepada seseorang perempuan sahaja !
Dear hati , pujuklah dirimu apabila kamu menghadapi musibah dengan mengatakan “ ada hikmah di sebalik apa yang berlaku “

#Dear , awak ..ryn tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang . ryn Cuma mengharapkan perubahan dalam diri awak .ryn cuma mohon . andai suatu hari nanti awak tidak lagi perlukan hati ini .sila lah pulangkn kembali dengan cara yang baik . jangan gantung hati ryn tanpa tali .ryn mohon sangat –sangat . Cukop lah apa yg ryn telah rasai .dan jangan lah awak sakiti lagi . cerita ini ryn tulis khas untuk awak . ryn nak awak tahu hati ryn bukan sekeras seperti mungkin awk sangkakn . Hari ini ryn mungkin akan jadi sekuat – kuat wanita . tetapi Hari esok dan hari2 yang akan datang ryn mungin akan menjadi selemah – lemah wanita . maafkan ryn jika cerita ini menguris hati dan perasaan awak . Niat ryn hanya untuk meluahkan . Sekian dari Hati yang terluka :’)

Sunday, 10 February 2013

Kenapa Allah Cipta Kaum Hawa Daripada Tulang Rusuk Yang Bengkok

Duhai Adam,
Tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok. Kenapa?



Ini kerana
Supaya aku melengkapi segala kekuranganmu,
Supaya  aku menjadi penutup kelebihanmu,
Supaya aku mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya atas ku.


Dan,
Supaya engkau meluruskan aku dengan ilmu dan akhlakmu, memimpinku kepada jalah yang diredhai Yang Maha Esa, dan bukan membiarkan aku semakin bengkok.
Kerana apabila engkau membiarkan aku terus bengkok, maka aku juga mampu menyeretmu ke dalam api neraka..



Ini kerana apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim dan apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

Wahai Adam,  mainkan perananmu dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dipikul.
Maka LURUS kanlah aku dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. Agar aku jadi pelengkap separuh agama mu


Kata Cinta :
Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

 

Thursday, 7 February 2013

Supergirl Ayah SEDIH !


Haiii !
Asalamuailaikum >>> sihat ??
Hari ini masuk bulan Februari tahun 2013 … Bulan  yang kedua untuk tahun 2013 . Alhamdulilah syukur masih diberi pinjam nafas dan diberi peluang untuk hidup di bumi Allah s.w.t .  Kembali menulis di diari buruk ryn .. Diari yang mendengar suka duka sy . yang menjadi sahabat sy di masa susah dan senang L

Supergurl nak senyum yang dulu ! ayah  :(
 07. 02 .2013 Khamis
Supergurl ayah sedih ! hari ini supergurl ayah sedih sangat – sangat .Rasa macam nak menjerit je kuat-kuat  nak bagitahu dunia yang  hati anak ayah menangis . Sebab apa menangis ? ntah lah hati supergurl ayah nie dah tak kuat macam dulu . Dulu ada org ejek supergurl ayah , mesty super gurl ayah tembak budak tuh balik . HAHA … tapi sekarang dengar je ayat yg touching .. teros super gurl ayah sentap . ayah oo ayah … tolong lah anak ayah nie … bangkitkan lah semangat dia tuk kuat balik .. tiupkan lah kata2 semangat dekat die .  jadi kan die SUPERGURL macam dulu .

Supergurl rindo nak peluk2 cium2 ayah .. rindo nk dengar ayah marah supergurl .. rindoo nk dengar ayah tegor supergurl .. Supergurl rindoo dengan senyuman ayah .. Ayah .. ayah dengar tak supergurl ayah bercakap nieyh … ayah … tgklah air mata supergurl yg tak sudah2 keluar nie .. airmata supergurl ayah nie bukti dia dh tak kuat .. tak kuat nk lawan musuh die kt luar .. tak kuat nk hidup tanpa ayah di sisi …  

Kenapa ayah tinggalkn supergurl ayah ?? kenapa ayah biarkan supergurl sendiri2 … kesian supergurl ayah ..  Hari demi hari supegurl bangon tempoh hidup sorang2 .. bangon tumbangkan musuh yg dtg ..

Ayah , doakan ka keen kuat ayah .. doakan supergurl bangon dan dpt semangat seperti dulu .. supergurl perlu kuat ! ayah .. tahu lah ayah bahawa supergurl ta penah turunkan sayang n rindo supergurl pada ayah ..  Dear supergurl >> Bangon lah … semangatlah … ibu perlukan supergurl .. ayah dh tak ada .. tp supergurl ada ibu .. abang .. akak n adik .. supergurl ader kawan2 .. tamo patah hati sayang . Allah syang pada org yg tabah .  

Saturday, 12 January 2013

Kelebihan Mencium Anak , Isteri dan Suami


1. Fadhilat mencium anak.
^__^ bahagia bila ada nya keluarga bahagia

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

2. Fadhilat mencium suami.
^-^ Rugi kalau ada suami . tapi cium lelaki lain

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.

Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.

Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????


3. Fadhilat mencium isteri.

Mencium Isteri itu satu Ibadah ^__^

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ


Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.

Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.

Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”


Di situlah datangnya bahagia ~~~

Kesimpulan:

Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….

Antara sebab Allah Menemukan kita dengan Orang yang salah


Antara sebab Allah menemukan kita dengan orang yang Salah

Ok, anda pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan kepada yang berlaku kepada anda..

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..Gapailah keredhaan allah dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNya..percayalah sesungguhnya allah malu untuk menolak permintaan hambaNya yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya


Azam Baru Budak c0mel ^_^

2012 tetap dalam ingatan



Hai , Asalamuailaikum .... Selamat Malam ...
 
How ur t0day ? ok ? heeheh .. opss .. giler lama tak update diary buruk saya nie kan . Ala maklumlah ... busy je memanjang ... 

Eyh ! Dah 2013 .. Alamak .. ryn rasa belom terlambat lagi kan nak wish k0rang happy new year lagi kan ..
Selamat Tahun Baru buddies semua .. Azam baru .... Semangat Baru ....  tapi belom Bf baru lagi ok .. hahaha .. sebab yang lama p0n tiada lagi .. hihihi ... ok chop .. tamo cerita pasal Bf ... ryn nak cerita pasal azam ryn untuk tahun ini  ... jom .... bace azam ryn ...

1 - Bermula Untuk Berhijab yang KEKAL . 
* Aik , mesti semua tertanya-tanya2 ... eyh cik ryn bukan memang berhijab ? hihihi ... sebenarnya cik ryn berhijab bila berkerja dan ada masa2nya .. Astaga ... terukkan peragai ... ingat berhijab itu main2 .. Tapi alhamdulilah .. cik ryn harap lembaran 2013 nie akan membuka satu lembaran baru untuk cik ryn terus kekal dengan hijab cik ryn .. amin2 .. Doakan cik ryn yer buddies ..:D


2- Sambung Pengajian Yang tertangguh selama 4 tahun yang lepas .
* Actually , cik ryn adalah bekas student Kolej Universiti Islam Melaka . dalam bidang Diploma Pengajian Islam Sumber Manusia . tapi apa kan daya .. rezeki cik ryn untuk berkerja dipanggil .. dan cik ryn terpaksa quit study and berkerja di TNB . Tp itu bukan penghalang cik ryn untuk terus berusaha mendapatkan segulung diploma/ijazah untuk arwah ayah cik ryn dan ibu cik ryn yg tersayang ... amin .. mudah2 han ... Allah memberi jalan .. Dan insyallah , cik ryn akan bergelar student di open universiti Malaysia dalam degree Human Resources tahun 2013 .. Insyallah ...

3- Permohonan Pertukaran ke Melaka .
* Cik ryn nak tukar melaka ? Wow ... bila2 .. hihihi ... harap2 lah yek buddies pertukaran cik ryn di restui oleh my big boss . amin .. kalau boleh tahun ini lah .. sebab kekosongan pon dah ada . Hmm ... harap2 .. reasons cik ryn diterima .. Eeeee ..anak ibu ... nak duduk melaka je . HAHA .. chop .. bukan ank ibu .. or anak ayah .. tapi sebab hati ryn di melaka .. bukan di KL . itu saja .. 

4- Berkhawin di tahun 2013 ...
* Hahaha ... wow ! ryn u want married ??? seriously ??? giler kentang ... wow .. dengan orang yang mana ?? berapa umur dia ?? keja ape ???  HAHA ..! ok .. chop ... itu azam cik ryn je .. sebab sy rase macam seru itu dah sampai . HAHA . Tapi jawapan untuk semua soalan di atas ... cik ryn tiada jawapan .. sorry .. sy masih lagi single dan belom berpunya .. cuma menanam azam saja .. mana tahu jodoh tahun ini .. amin .. 

5- Want to be Anak yang solehah , kakak yang baik , adek yang baik , dan muslimah yang baik insyallah .. 
* Azam ini tiap2 tahun ryn mesti ada .. yelah .. ryn tak nak berada di takuk yang sama . ryn tak tahu orang benci ryn dengan peragai ryn kan .. insyallah . ryn cuba berusaha lebih untuk mengubah ape yg patot diubah . tapi ryn tamo jadi orang lain demi orang lain .. im not hipokrit . :) 

6- Diberi Kesihatan Yang Baik 
* Alhamdulilah ... kesihatan ryn semasa tahun 2012 semakin baik ... dan ryn berharap jugak ia akan semakin baikkk dalam 2013 .. amin .. cuma .. ryn akan makin cubby .. hukhuk .. ayuh  ... kuruskan badan jugak .. hahaha ... 

Alhamdulilah , hmm .. acane ?? azam cik ryn tahun nie ... hope2 termakbul lah yer .. hihihi ..mudah2 han ... so buddies yang lain ryn pon doakan agar azam2 budiies jugak termakbol ... amin ... Salam sayang dari saya budak chomel :) x0x0 ...