Saturday 12 January 2013

Kelebihan Mencium Anak , Isteri dan Suami


1. Fadhilat mencium anak.
^__^ bahagia bila ada nya keluarga bahagia

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

2. Fadhilat mencium suami.
^-^ Rugi kalau ada suami . tapi cium lelaki lain

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.

Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.

Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????


3. Fadhilat mencium isteri.

Mencium Isteri itu satu Ibadah ^__^

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ


Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.

Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.

Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”


Di situlah datangnya bahagia ~~~

Kesimpulan:

Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….

Antara sebab Allah Menemukan kita dengan Orang yang salah


Antara sebab Allah menemukan kita dengan orang yang Salah

Ok, anda pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan kepada yang berlaku kepada anda..

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..Gapailah keredhaan allah dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNya..percayalah sesungguhnya allah malu untuk menolak permintaan hambaNya yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya


Azam Baru Budak c0mel ^_^

2012 tetap dalam ingatan



Hai , Asalamuailaikum .... Selamat Malam ...
 
How ur t0day ? ok ? heeheh .. opss .. giler lama tak update diary buruk saya nie kan . Ala maklumlah ... busy je memanjang ... 

Eyh ! Dah 2013 .. Alamak .. ryn rasa belom terlambat lagi kan nak wish k0rang happy new year lagi kan ..
Selamat Tahun Baru buddies semua .. Azam baru .... Semangat Baru ....  tapi belom Bf baru lagi ok .. hahaha .. sebab yang lama p0n tiada lagi .. hihihi ... ok chop .. tamo cerita pasal Bf ... ryn nak cerita pasal azam ryn untuk tahun ini  ... jom .... bace azam ryn ...

1 - Bermula Untuk Berhijab yang KEKAL . 
* Aik , mesti semua tertanya-tanya2 ... eyh cik ryn bukan memang berhijab ? hihihi ... sebenarnya cik ryn berhijab bila berkerja dan ada masa2nya .. Astaga ... terukkan peragai ... ingat berhijab itu main2 .. Tapi alhamdulilah .. cik ryn harap lembaran 2013 nie akan membuka satu lembaran baru untuk cik ryn terus kekal dengan hijab cik ryn .. amin2 .. Doakan cik ryn yer buddies ..:D


2- Sambung Pengajian Yang tertangguh selama 4 tahun yang lepas .
* Actually , cik ryn adalah bekas student Kolej Universiti Islam Melaka . dalam bidang Diploma Pengajian Islam Sumber Manusia . tapi apa kan daya .. rezeki cik ryn untuk berkerja dipanggil .. dan cik ryn terpaksa quit study and berkerja di TNB . Tp itu bukan penghalang cik ryn untuk terus berusaha mendapatkan segulung diploma/ijazah untuk arwah ayah cik ryn dan ibu cik ryn yg tersayang ... amin .. mudah2 han ... Allah memberi jalan .. Dan insyallah , cik ryn akan bergelar student di open universiti Malaysia dalam degree Human Resources tahun 2013 .. Insyallah ...

3- Permohonan Pertukaran ke Melaka .
* Cik ryn nak tukar melaka ? Wow ... bila2 .. hihihi ... harap2 lah yek buddies pertukaran cik ryn di restui oleh my big boss . amin .. kalau boleh tahun ini lah .. sebab kekosongan pon dah ada . Hmm ... harap2 .. reasons cik ryn diterima .. Eeeee ..anak ibu ... nak duduk melaka je . HAHA .. chop .. bukan ank ibu .. or anak ayah .. tapi sebab hati ryn di melaka .. bukan di KL . itu saja .. 

4- Berkhawin di tahun 2013 ...
* Hahaha ... wow ! ryn u want married ??? seriously ??? giler kentang ... wow .. dengan orang yang mana ?? berapa umur dia ?? keja ape ???  HAHA ..! ok .. chop ... itu azam cik ryn je .. sebab sy rase macam seru itu dah sampai . HAHA . Tapi jawapan untuk semua soalan di atas ... cik ryn tiada jawapan .. sorry .. sy masih lagi single dan belom berpunya .. cuma menanam azam saja .. mana tahu jodoh tahun ini .. amin .. 

5- Want to be Anak yang solehah , kakak yang baik , adek yang baik , dan muslimah yang baik insyallah .. 
* Azam ini tiap2 tahun ryn mesti ada .. yelah .. ryn tak nak berada di takuk yang sama . ryn tak tahu orang benci ryn dengan peragai ryn kan .. insyallah . ryn cuba berusaha lebih untuk mengubah ape yg patot diubah . tapi ryn tamo jadi orang lain demi orang lain .. im not hipokrit . :) 

6- Diberi Kesihatan Yang Baik 
* Alhamdulilah ... kesihatan ryn semasa tahun 2012 semakin baik ... dan ryn berharap jugak ia akan semakin baikkk dalam 2013 .. amin .. cuma .. ryn akan makin cubby .. hukhuk .. ayuh  ... kuruskan badan jugak .. hahaha ... 

Alhamdulilah , hmm .. acane ?? azam cik ryn tahun nie ... hope2 termakbul lah yer .. hihihi ..mudah2 han ... so buddies yang lain ryn pon doakan agar azam2 budiies jugak termakbol ... amin ... Salam sayang dari saya budak chomel :) x0x0 ...