Monday 18 February 2013

Setia Sehinga ke Hujung Nyawa


Asalamuailaikum , hye buddies
walau ape pon dugaan yang datang . abang tetap bersama sayang ! sweet
Ryn update lagi diari buruk ryn hari nie . Wah2 sejak- sejak akhir nie rajen pulak kan ryn update . Hihihi , apelah yang nak ryn cerita hari nie kan. Whoat2 

Nie kisah ryn masa di opis tadi .Hihi , ryn nak share dekat blog ryn . Ryn dah jumpa lelaki yang setia dengan isteri nya walaupon apa saja dugaan yang datang . Kenapa ryn cakap macam tu . Jom ryn ceritakan , macam nie . Tadi ryn call sorang abang F nie , untuk amik kad pekerja die . So waktu yang di janjikan untuk die datang adalah 3.30 pm . Tunggu punya tunggu abang F pon datang . Hihihi , ryn tgk muka abang F ceria semacam taw . Lagi ceria dari biasa so ryn saja je usik abg F . Ryn cakap lah amboi abg happy je  . Kenapa nie ?? 

Abg F pon citer kat ryn . die cakap hari nie die dapat tahu berita gembira . ryn pon Tanya lah die .. apa yang gembira sangat tuh . hahaha .. die pon cakap … tadi wife abang call bagi tahu dia pregnant .. ooo .. ryn pon cakap lah taniah abg F .. hihi ryn tumpang gembira jugak . ryn pon tanya lah dia . anak no bape abg F .. abg F pon cakap “ anak yang pertama ryn .. 12 tahun kami tunggu . baru sekarang Allah nak bagi rezeki . amin ! . 
Ya Allah , ryn sangat terkeduu .. tabahnya dyeowng suami dan isteri menunggu rezeki dari mu ya allah .  abg F cakap isteri dia menangis  sebab abg F masih lagi setia menungu . yess ryn pon terharu kot .. abg F cakap . die tak perlu nak cari lain sebab Allah dah kurniakan dia isteri yang baik . bg dia itu dh cukop . abg F cakap lagi , apa guna ryn abg nak cari lain . sebab wife abg tak pregnant ke ? wife abg bukan mandul . Cuma Allah tak nak bg rezeki lagik . so abg hanya mampu tunggu dan berdoa . itu saje . 

Syukur alhmdulilah . masih ada lagi lelaki macam abg F . setia . ini baru dikatakan setia hujung nyawa ! hahaha .. 12 tahun sanggup setia dengan isteri walaupon tak ada anak . abg F pesan pada ryn . nak cari lelaki . jgn hanya pada rupa semata2 .. tapi cari pada hati , iman , kesabaran ryn .  ryn tanya kenapa . 

Ini jawapan abg  F “ kalau ryn bergantung pada rupa . ryn dan dia akan tua suatu hari nanti . pada masa tuh .. muka ryn bukan lagi macam sekarang . tp dh kedut . haha rupa tak kekal .. masa tuh cik abg awak nak lagi tak ? erkk ryn jawab ntah . ta tahu . hahha .. pastu abg F cakap .. cari pada hati . sebab .. kalau sayang pada hati ia akan kekal . abg F cakap sayang hati seseorang kena ikhlas . jangan bersebab . bila ikhlas awak syg kan dia . insyalllah cinta yang wujud untuk dia pon akan ikhlas . kemudian .. carilah lelaki yang mempunyai iman yang tinggi . abg F cakap , berkhawen lah pada lelaki yg akan bawak awk ke jannah . syurga . yang akan menegur kesilapan awak serta memperbetulkan keadaan . insyallah awak dan dia akan bahagia selamanya .. 

Dan akhir sekali kesabaran . dalam berumahtangga ryn kesabaran yang paling penting . sebab dalam asam garam rumah tangga , kita dan pasangan bukan sentiasa akan baik sahaja . tapi kita akn ada jugak tergigit lidah . jadi kesabaran perlu disitu . ingat ryn dlm hubungan rumah tangga kena saling beralah . jangan pentingkan emo . hahahah .. baik abg F ryn ingt pesanan abg . insyallah ..  abg F pon cakap jugak apa yang baik , abg akan kongsikan . abg pon bukan bagus tentang ilmu rumah tangga .. Cuma abg share kan ape yg baik je . Noted abg F . is ok .. ryn pon  boleh simpan ilmu abg .
So apa yang ryn boleh conclusion kan adalah . Kesetiaan seorang suami dan kepercayaan seorang iteri adalah amat penting dalam rumahtangga .

So ryn doakan abg F dan wife akan menimang cahaya mata yang pertama dalam bulan 10 ini . to kakak . plz jaga kesihatan . insyallah .. dipermudahakan segalanya . amin . 
OK . done update for t0day ... hihi esok2 saya update lagi ape yg yang berlaku in my life . salam sayang dari ryn untuk buddies .. x0xo .. muahhh ... 

Sunday 17 February 2013

Let's begin New Chapter Supergurl Ayah !


Asalamuailaikum
Kembali balik mengadu kat diari buruk ryn . Apa lagilah kan ryn kelelemeh nieyh nak mengadu ! aduhai sedihnyaaa hati ryn .. kenapa ryn perlu sedih ?? bukan sepatutnya ryn happy ker bila ryn dah bebas ? bebas dari siapa ? hmm … memang ryn dah bebas .. yes im single back . tapi biasa lah untuk belajar melupakan kenangan lama bukan mudah . muali hari ini . ryn kena kuat ! kuat dan tabah .

Ryn kena belajar hidup tanpa die . percaya lah ryn sayang .. Allah bagi awak kekecewaan ini ade hikmah . jangan terlalu lemah ., let’s  begin new chapter ryn syg , yeahhh ! awak  ada kawan bila susah dan senang ! so apa lagi awk cari ? ryn u have a family yg sgt sayang kan kamu . so dunt woryy dear .. ryn msty boleh bangkit . HAHA .. jom cari ryn yg dulu . yg kelakar .. n bwt kawan2 happy .. tamo sedey-sedey .. awk bukan lepaskan emas permata tp awk lepaskan kaca yg tak berguna . so perlu ke ryn menangis untuk lelaki yg buat awak 26 hari merana ? tak perlu ryn sayang .

Esok bukak lembaran diari baru ryn . awak masih muda . baru 22 tahun . mungkin 22 tahun bukan masa untuk cari lelaki . tapi untuk tambahkan ilmu yg hampir kosong dalam minda awak . ryn kan nak sambung belajar . nak capaikan hajat arwah ayah . so what u waiting for gugurl ayah ? hahahah .. ryn kan supergurl ayah . jangan sedih .. Allah sentiasa berada dengan orang yg teranaiya . sekarang focus on ur work . settelkan kerja2 yg banyak di opis . pastu … cari jalan permohonan balik Melaka di luluskan . so balik Melaka .. daftar  belajar . busykan diri dengan belajar . tamo pikir pasal lelaki lagi .!

Hmm ... tempoh 26 hari kenal dengan awak . tempoh tuh penoh dengan perasaan sayang .. suka .. sedih .. benci .. menyampah .. semua ada ! 26 hari kenal dengan awak . sy tak lekang dari menangis . hmm sy bazirkan air mata sy pada orang yg tak sepatotnya . 26 hari sy alpa dengan kasih sayang awak .  macam sy cakap dekat awak past is past .. tapelah  26 hari yang berlalu itu adalah pengalaman Allah beri pada saya untuk merasa couple dan untuk saya pikir dan bezakan yang mana lebih baik . couple or single . hmm saya dah dapat jawapan itu . the best answer is SINGLE . u know what .. bila single saya berhak kawan dengan semua orang . saya tak perlu nak pikirkan perasaan awk sama ada awk suka atau tak . anyway thanks taw sebab beri saya rasa pengalaman couple dengan awak selama 26 hari . hahha .. awesome ! sangat2 ..

Hey , new chapter . hmm Ya allah ya tuhan ku . kau berikan lah aku petunjuk untuk aku hadapi dugaan mu selepas ini . kawan baik aku cakap , allah duga seseorang hamba maknanya allah sayangkan hamba tuh ! ryn ingat dugaan awak akan sentiasa ada . jangan takot hadapi dugaan itu .. ingat pesan arwah ayah . tabah dan bersabar hadapi ! anak ayah mesti boleh . supergurl kan ! super gurl kena selalu kuat
Diam bukan bererti pasrah dan mengalah bukan bererti kalah  . Kita diam untuk mencari kekurangan diri kita dan kita mengalah untuk memperbaiki kelemahan diri kita 
Ingat ryn apa yg dah keluar dari mulut dia . tentang awak . walaupon itu bukan kebenaran . biar mulot orang nak cakap apa . endahkan je . buat ta tahu .. nanty dieowng dah penat .. dieowng berhenti . ok syg ryn … ryn nk stop untuk hari ini . kalau ryn rajin . ryn update lagi yer . salam sayang dari ryn :* x0x0 

Saturday 16 February 2013

BestfriendForEver


Dear my bff yang disayangi .
Mula- mula ryn nak minta maaf dulu . kalau selama kita berkawan nieyh mungkin ryn ada melukakan perasaan bff ryn . ryn minta maaf sangat – sangat . tapi apa yang ryn nak tulis nieyh adelah ape yg hati ryn rase terkilan sangat2  dengan ape yang berlaku pada hari ini . ryn tak mampu nak meluahkan ape yang ryn rase . ryn tak sanggup . jadi dengan menulis di blog nieyh harap korang memahami . 

Mula – mula , ryn nak korang tahu 1 benda nieyh . ryn bahagia n happy sangat2 bila ryn di kurniakan 2 bff yang baik , paham n ada bila ryn susah dan senang .  Tapi apa yang berlaku hari nie serius ryn cakap ryn sangat-sangat berkecil hati . ryn tak tahu lah kenapa kite bertiga perlu bergaduh . ryn rase kita masing- masing dah cukop besar . dan matang dalam pemikiran . dimana kita boleh berfikir perkara yang patot buat atau tak patot . kenapa kita perlu bergaduh untuk perkara tersebut . ryn tanak cakap perkara apa .  sebb ryn tahu korang dah paham dh perkara apa kan . korang tak sedih ea kiter bertiga bergaduh sebab benda tuh ? 

Setiap dari kita masing2 ada peragai masing2 . peragai yg menunjukkan diri kita yang sebenar . peragai itu mungkin di antara kita tak berkenan . tapi Allah satukan kita bertiga adalah untuk mengenali setiap kelemahan kita . kita masing- masing dikurniakan kelebihan dan kelemahan . setiap kelemahan akan kiter bertiga tutup dengan kelebihan masing2 ..  kiter bertiga kenal dh lama taw . dari sekolah . tapi kenapa kita tak rapat dari sekolah dulu ?? kt sekolah kita berkawan biasa tak serapat sekarang . kenapa allah nk kite rapat waktu nieyh ? kenapa die tak rapat kita dari sekolah . sebab allah nak duga kita dengan perkara yg kiter bertiga lalui .  

Kenapa lah kita kena bergaduh untuk orang yang baru kita kenal ? mai n azie .. kita bertiga masih lagi dalam proses mengenali siapa fezzran .. siapa azran dan siapa izran . jangan lah di sebabkan perkara tuh ryn azie n mai nk masam muka . Nampak sangt kebudak2 kan .
Macam kes hari nie . ryn tak tahu kenapa izran marah n salahkan ryn . seolah2 ryn punca masalah . please lah . ryn hanya dengar je taw luahan korang . dan hnya bg idea n pendapat ryn . klo korang rase pendapat ryn tuh tak berguna n tak perlu langsung . tak perlu amik . ryn benak lah pikir . last2 ryn yg kena marah . pedih taw . pakwe ryn sendiri tak paham ryn . marah ryn sibok hal org . apa tuh ? hmm .. ntah lah .. ryn Cuma nak ckap kt sini .. jangan sampai kita bertiga putus kawan atas sebab2 tak munasabah . itu je . t0long wei sayangkan perhubungan kawan kita bertiga . please buang sifat2 kebudakan masing2 . ryn sayang azie n mai . dan ryn tahu korang sayang fezzran dan azran . tapi please kita paham masing2 .. sorry kal0 ayat kt blog niey korang terasa jugak niat ryn nk meluahkan .
Reen mintak maaf k . Aslamuailaikum .

Monday 11 February 2013

Bila Hati Perempuan Terluka :)



Asalamuailaikum
Hai .. m0rning …
Buddies sihat ?  ryn dating lagi dengan diari buruk saya nie .. hihihi ..tapi kali ini ryn nak share sumthing dgn buddies ..Tentang perasaan perempuan ??  macam penting je kan bunyi dia . Hmm.. memang penting pon . Kenapa dengan perasaan perempuan ??

Awak , ryn mohon t0long lah jangan sesekali cuba untuk mendapatkan hati perempuan jika awak tidak bersedia ! ryn mohon sangat – sangat .  Tolong lah jangan lukai hati kami yang perempuan . awak tidak tahu bagaimana sakitnya kami di permainkan . Sekali kami di permainkan . sakitnya kami ingat sampai bila – bila   

 Awak  , tahulah anda bahawa cantik wanita kerana kejernihan wajah , manisnya wanita kerana senyum ,ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriahnya . Dan , perempuan ini bila dia dah kata “ saya sayang awak ” . Insyallah selamanya lelaki dia akan sayang dan selalu ada dalam hati dia .

Dear , awak ! jika awak tak mampu buat perempuan gembira jangan buat kami menangis. Kalau tak mampu ubati luka , jangan sesekali kami terluka ! Hargailah .
Kami perempuan tidak diminta di layan seperti seorang PUTERI , tapi kami perempuan hanya minta untuk dihargai . Awak kena tau yang perempuan takkan marah awak tanpa sebab, Takkan menangis tanpa sebab, Takkan tawar hati tanpa sebab, Semuanya bersebab .

Kekecewaan mengajar perempuan erti kehidupan .Kami tetap teruskan perjuangan kami walaupon terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup . Mungin allah sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya kita akan lebih bersyukur bila bertemu insan yang betul
Wanita sering meluahkan perasaan dengan Air Mata . jangan haling mereka “menangis” kerana itulah cara mereka melepaskan segala Kesakitan . bukan kerana Menagih simpati !

Dear , perempuan : Jangan mudah sangat jatuh cinta , nanti hati yang merana . Jangan mudah sangat menerima , nanti diri sendiri yang kecewa :’) 
Dear lelaki : Sekuat mana awak .. segangster mana pon awak .. percayala , awak akan tewas kepada seseorang perempuan sahaja !
Dear hati , pujuklah dirimu apabila kamu menghadapi musibah dengan mengatakan “ ada hikmah di sebalik apa yang berlaku “

#Dear , awak ..ryn tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang . ryn Cuma mengharapkan perubahan dalam diri awak .ryn cuma mohon . andai suatu hari nanti awak tidak lagi perlukan hati ini .sila lah pulangkn kembali dengan cara yang baik . jangan gantung hati ryn tanpa tali .ryn mohon sangat –sangat . Cukop lah apa yg ryn telah rasai .dan jangan lah awak sakiti lagi . cerita ini ryn tulis khas untuk awak . ryn nak awak tahu hati ryn bukan sekeras seperti mungkin awk sangkakn . Hari ini ryn mungkin akan jadi sekuat – kuat wanita . tetapi Hari esok dan hari2 yang akan datang ryn mungin akan menjadi selemah – lemah wanita . maafkan ryn jika cerita ini menguris hati dan perasaan awak . Niat ryn hanya untuk meluahkan . Sekian dari Hati yang terluka :’)

Sunday 10 February 2013

Kenapa Allah Cipta Kaum Hawa Daripada Tulang Rusuk Yang Bengkok

Duhai Adam,
Tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok. Kenapa?



Ini kerana
Supaya aku melengkapi segala kekuranganmu,
Supaya  aku menjadi penutup kelebihanmu,
Supaya aku mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya atas ku.


Dan,
Supaya engkau meluruskan aku dengan ilmu dan akhlakmu, memimpinku kepada jalah yang diredhai Yang Maha Esa, dan bukan membiarkan aku semakin bengkok.
Kerana apabila engkau membiarkan aku terus bengkok, maka aku juga mampu menyeretmu ke dalam api neraka..



Ini kerana apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim dan apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

Wahai Adam,  mainkan perananmu dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dipikul.
Maka LURUS kanlah aku dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. Agar aku jadi pelengkap separuh agama mu


Kata Cinta :
Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

 

Thursday 7 February 2013

Supergirl Ayah SEDIH !


Haiii !
Asalamuailaikum >>> sihat ??
Hari ini masuk bulan Februari tahun 2013 … Bulan  yang kedua untuk tahun 2013 . Alhamdulilah syukur masih diberi pinjam nafas dan diberi peluang untuk hidup di bumi Allah s.w.t .  Kembali menulis di diari buruk ryn .. Diari yang mendengar suka duka sy . yang menjadi sahabat sy di masa susah dan senang L

Supergurl nak senyum yang dulu ! ayah  :(
 07. 02 .2013 Khamis
Supergurl ayah sedih ! hari ini supergurl ayah sedih sangat – sangat .Rasa macam nak menjerit je kuat-kuat  nak bagitahu dunia yang  hati anak ayah menangis . Sebab apa menangis ? ntah lah hati supergurl ayah nie dah tak kuat macam dulu . Dulu ada org ejek supergurl ayah , mesty super gurl ayah tembak budak tuh balik . HAHA … tapi sekarang dengar je ayat yg touching .. teros super gurl ayah sentap . ayah oo ayah … tolong lah anak ayah nie … bangkitkan lah semangat dia tuk kuat balik .. tiupkan lah kata2 semangat dekat die .  jadi kan die SUPERGURL macam dulu .

Supergurl rindo nak peluk2 cium2 ayah .. rindo nk dengar ayah marah supergurl .. rindoo nk dengar ayah tegor supergurl .. Supergurl rindoo dengan senyuman ayah .. Ayah .. ayah dengar tak supergurl ayah bercakap nieyh … ayah … tgklah air mata supergurl yg tak sudah2 keluar nie .. airmata supergurl ayah nie bukti dia dh tak kuat .. tak kuat nk lawan musuh die kt luar .. tak kuat nk hidup tanpa ayah di sisi …  

Kenapa ayah tinggalkn supergurl ayah ?? kenapa ayah biarkan supergurl sendiri2 … kesian supergurl ayah ..  Hari demi hari supegurl bangon tempoh hidup sorang2 .. bangon tumbangkan musuh yg dtg ..

Ayah , doakan ka keen kuat ayah .. doakan supergurl bangon dan dpt semangat seperti dulu .. supergurl perlu kuat ! ayah .. tahu lah ayah bahawa supergurl ta penah turunkan sayang n rindo supergurl pada ayah ..  Dear supergurl >> Bangon lah … semangatlah … ibu perlukan supergurl .. ayah dh tak ada .. tp supergurl ada ibu .. abang .. akak n adik .. supergurl ader kawan2 .. tamo patah hati sayang . Allah syang pada org yg tabah .  

Saturday 12 January 2013

Kelebihan Mencium Anak , Isteri dan Suami


1. Fadhilat mencium anak.
^__^ bahagia bila ada nya keluarga bahagia

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

2. Fadhilat mencium suami.
^-^ Rugi kalau ada suami . tapi cium lelaki lain

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.

Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.

Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????


3. Fadhilat mencium isteri.

Mencium Isteri itu satu Ibadah ^__^

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ


Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.

Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.

Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”


Di situlah datangnya bahagia ~~~

Kesimpulan:

Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….