Saturday 29 September 2012

~SecRet AdMireR~

Asalamuialaikum ..
aftern00n  ! 
Dah lunch ?
breakfast saya sudah .. tapi lunch ?? puasa .. HAHA
Rajin kan saya berblog ? HAHA ..
Jom citer pasal secret admirer . macam mane kiter nie sebagai kaum hawa nak tahu yang kaum adam sedang admirer dekat kiter ? hukhuk ..jum ,cik ryn nak share .. 
tips nie cik ryn bace dekat majalah .. dan cari sumber2 di internet ..

 

Tanda-Tanda Perempuan Mempunyai Secret Admirer 
  • Perhatikan Bahasa tubuhnya - Jika dia suka anda, anda mungkin melihat bahawa dia lebih cenderung untuk mendekati anda. Perhatikan jika dia cuba menonjolkan dirinya ketika anda ada.
  • Perhatikan 'eye contact' dia. - Jika dia suka anda, anda akan perasan yang dia sering melihat anda. Kalau dalam cerita kartun, efek elektrik akan ditambah apabila mata anda bertentanagan. Tetapi, ini boleh mendatangkan rasa tidak selesa jika anda tidak menyukainya (atau sebaliknya). Perhatikan pula sama ada dia senyum, nampak gugup ataupun nampak benci pada anda.  
  • Perhatikan sama ada dia cuba ikut apa yang anda minat. Perhatikan cara dia melayan anda - adakah dia seakan mengurat anda, hanya untuk mencuba dan mendapatkan perhatian anda? Ianya perkara biasa bagi seorang lelaki untuk menggoda perempuan ketika dia menyukai perempuan itu, tapi ingat, seseorang masih boleh menggoda seseorang, walaupun jika mereka tidak tertarik kepada mereka (seks). Tapi ingat, tidak semua lelaki mempunyai perangai nak mengurat. Ada sesetengah lelaki nampak cool je tapi dalam hati dia sayang anda
  • Semak sama ada dia nampak gugup. Ketawa yang agak kekok, telapak tangan berpeluh, gelisah, cepat-cepat berpaling muka daripada kamu apabila anda perasan yang si dia sedang memerhatikan kamu. Itu semua adalah tanda-tanda dia syokkan anda. Juga perhatikan jika anda memanggil namanya, adakah dia terus berpaling atau berpaling secara bajet normal.
  • Senyum - Jika si dia nampak tersenyum lebar adalah petanda baik. Perhatikan juga adakah dia selalu cuba untuk berada dalam situasi bertemu 'face to face' untuk memberikan senyuman kepada anda.
  • Perhatikan rakan-rakannya. Jika kawan-kawan lelaki dia tahu dia tertarik pada anda, mereka mungkin akan memberitahu pada si dia akan kehadiran anda di situ. Mungkin juga mereka akan bagi isyarat bahawa dia sukakan anda. Adakah mereka tersenyum? Adakah mereka pandang si dia atau sengaja menyakat dia? Jika ada tanda sebegini, mungkin anda sedang mempunyai secret admirer.
  • Pasang perangkap. Anda cuba cari seseorang yang dia tidak kenal kemudian suruh 'mr. unknown' tu pergi kepada si dia dan tanya siapakah anda dimata dia. Paling tidak pun cari kawan dia dan minta dia selidik sama ada dia minat anda atau tak.

  • Cuba berseorangan - Beri dia ruang untuk mendekati anda. Jika anda minat dia dan anda tahu dia minat anda tapi anda sendiri duduk berkepit dengan kawan-kawan 24 jam, macam mana nak bagi peluang pada si dia untuk meluahkan rasa hati jika tekaan anda itu tepat. Tapi hati-hati, jangan berseorangan di tempat yang tertutup. Ditangkap khalwat nanti!
  • Perhatikan tingkah lakunya dalam perbualan. Kadang-kadang, bagi lelaki biasa mengajukan soalan dan orang lain mencelah, dia hanya akan melupakannya. Tetapi jika anda melihat bahawa dia masih terus bertanya atau menukar subjek kembali kepada soalan sama sehingga anda menjawab, maka mungkin dia minat anda. Tetapi jika topik ini sesuatu yang serius, dia hanya mungkin ingin tahu kerana timbul perasaan curiga.

  • Perhatikan tanda-tanda ini juga:
  • Jika dia ingin berbual dengan anda sepanjang masa.
  • Jika dia mula menunjukkan perangai yang lebih baik ketika anda di sekitarnya.
  • Jika dia selalu mengatakan ya apabila anda meminta melakukan sesuatu.
  • Jika dia melayan anda berbeza dengan perempuan lain.
  • Jika dia sering anda ketika anda sedang tersenyum ataupun ketawa.
  • Jika dia bertindak seolah-olah 'ulat bulu'.
  • Jika dia nampaknya ingin selalu berada situasi bersama kamu.
  • Jika dia cuba rapat dengan anda.
  • Jika dia cuba untuk membuat anda tertawa.
  • Jika dia selalu berada ketika anda berada dalam kesusahan..
  • Jika dia sering mengajak anda keluar terutama majlis-majlis yang bermakna.
  • Jika anda dilihat mesra bersama kawannya dan nampak dia cemburu.
  • Jika dia sering bertanyakan khabar.
  • Jika dia cuba untuk rapat dengan kawan-kawan anda.
  • Jika dia sering bertanya tentang diri anda pada kawan anda.
 best kan auntie nie ader "admirer" HAHA

   
 kesian boy tuh ,perempuan tuh pandang boy lain =( 

So gurl , k0rang dah b0leh start ricky2 siapa diantara k0rang , yg tgh admirer kt k0rang :) 
cik ryn tade admirer ker ?wah gitu soklan ..HAHA ... saya ada admirer , waallahualam..tp saya admirer orang ? ada kottt (jawapan selamat gitu ...) 
so hve enjoy ya ..bubye ..

3 comments:

  1. kalo tiap kali keluar...ada je alasan nk ajak pergi bnyk tmpt mcm mne??ada je tmpt dia nk ajk pergi...padahal dah menggigil nk balik umah ni takut kene marah..haha

    ReplyDelete
  2. Saya tade admirer la cik eryn ... Haha

    ReplyDelete
  3. Harrah's Philadelphia casino opens in Chester and plans to
    Harrah's Philadelphia has opened its first commercial in Chester after a 순천 출장안마 year in 김제 출장샵 Chester, Pennsylvania. opening an 경주 출장마사지 outpost of 김천 출장마사지 Harrah's Philadelphia casino. 당진 출장마사지

    ReplyDelete