Sunday, 7 October 2012

U & Me ~ bUddIes forever :)


Asalamuailaikum !
Hai , Bertemu kembali ..
Di muka Blog cik ryn :D

Today , cik ryn nak share sumthing benda yang hari- hari dengan kita .
Apa dia? Penting ke ? Hmm.. sangat - sangat penting dalam hidup Cik ryn .
Ape benda itu ?
“Buddies” !

Yeah , Seorang kawan . yang sangat baik . prihatin . Caring . dan yang paling penting kami seperti adik beradik yang sama umur
dilahirkan berlainan ibu ..dan dibesarkan berlainan family tapi hati kami tetap bersatu seperti adik beradik yang di cincang airnya tak
akan putus ! hye my buddies , hazirah , yanti , ecah , ekin , mai ,mija , afiq, azizi, zul , azam , ayit .. HAHA  .. tengkiu be my buddies ! and to my new buddies yg baru kenal tapi kami mcm dah lama kenal wani & zizie teng jugak sayang . this story 4 u all ..



Buddies and Kawan ?? Tiada beza ker?
- Hmm , Sama je .. cuma buddies lebih rapat dari kawan .

Kawan ada berapa jenis ??
Ini dia petikan kata dari "Imam Al-Ghazali”

"Imam Al-Ghazali berkata, kawan dibahagikan kepada 3 jenis :-

1.Kawan yang ada ilmu

  • Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita.
Imam Al-Ghazali kata jangan lepaskan kawan yang sebegini .
  • Berkawanlah dengan dia  kerana kebaikan yang banyak akan diperolehi.

2.Kawan yang tidak ada ilmu tapi terima ilmu kita bagi.

  • Dia tidak berilmu tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.
  • Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini.
Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.Kawan yang tidak ada ilmu dan tidak mahu menerima ilmu.

  • Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi.
  • Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t


Nabi s.aw. bersabda...

"Seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu "

Kesimpulan hadis: -

Umpama berkawan dengan tukang jual minyak wangi iaitu kita berkawan dengan orang yang baik-baik iaitu orang yang selalu ingat pada Allah, orang yang selalu pergi masjid, selalu ikut kuliah agama, selalu bagi nasihat dan ajak ke arah kebaikan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut dia pergi masjid dan buat perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan tinggal perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.
Umpama berkawan dengan tukang ketuk besi iaitu kita berkawan dengan orang yang tidak ingat kepada Allah, orang yang selalu buat maksiat dan selalu ajak kita ke arah kejahatan. Jadi bila kita berkawan dengan orang macam ini kita akan ikut cara dia. Kalau dia kaki karaoke, kita pun akan jadi kaki karaoke, kalau dia kaki perempuan kita pun akan jadi kaki perempuan dan sebagainya.
Dalam berkawan , tiada istilah Tak Nak Beri Keselesaan untuk elakkan kite lebih rapat dengan seseorang . Baiknya seseorang lelaki dengan seseorang perempuan atas dasar seorang kawan jangan lah sesekali
kita menafikan hak tersebut .lelaki dan perempuan masih lagi boleh berkawan baik seperti buddies .tanpa ada sebarang perasaan lebih dari seorang kawan .dengan niat yang dipasang oleh mereka sebelom berjanji untuk berkawan ! Tetapi jika jodoh itu ada , kita sebagai manusia tidak berhak menolak sebarang kemungkinan
Dan more important is tiada jugak istilah Pijak kepala buddies ! HAHA . Dari Pijak kepala kawan ? baik Cik ryn pijak badan dia sekali . biar patah riuk ! HAHA . 


Mungkin selama ini kita pernah terasa dan sakit hati sesame kita , tetapi masih mampu cover disebalik senyuman. Kutuk mengutuk itu perkara biasa la. Tapi perkara yang lebih serius daripada itu, maybe rase nak terajang atau cincang2 aje. Sabar, sabar dan sabar..Tak perlu la kita membenci dia, tak perlu balas dendam.  Anggap sahaja ini suatu ujian.
 
Apa pun perkataan dia kepada kita, walaupun sangat mengguris hati, tentu itu terjadi dengan izin Allah. Anggap sahaja ini episod atau ujian yang harus kita lalui untuk menguji keimanan kita.




Pesan dan Nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya: “Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang.




  

  Saling Memaaf – maafi diantara kita – buddies
Dia pernah dan akan sentiasa menjadi sahabat baik kita, pasti terselit kebaikan yang pernah dilakukan kepada kita. Oleh itu maafkanlah dengan ikhlas dan dada yang lapang. Ya, dengan ikhlas.
Kenapa?
Kerana orang yang ikhlas selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.

“memang sukar membiarkan cinta membimbing kita bila hati kita disakiti. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf dengan keikhlasan. Nescaya kita akan bahagia :)
 Insyallah
SO U'OLLS ! TENGKIU BE MY BUDDIES !
luv u more n more !

No comments:

Post a Comment